Tarikh: 1 September 2015
Percintaan antara dua selebriti sering menjadi tajuk utama di dada akhbar dan majalah hiburan. Antara pasangan selebriti yang hangat diperkatakan pada hari ini adalah, Kamal Adli dan Emma Maembong.
Menerusi isu terbaru majalah Media Hiburan, Kamal memberitahu bahawa dia sememangnya sudah bersedia untuk bergelar suami.
"Ya, Kamal sudah bersedia untuk bergelar suami. Lagipun, Kamal bukan muda lagi. Umur pun sudah mencecah 29 tahun. Tapi Kamal perlu relax dan tidak memaksa sesiapa kerana perkahwinan itu melibatkan banyak pihak dan ada hati yang perlu dijaga," ucap pelakon kacak itu.
Disoal mengenai ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan kekasih atau isteri, Kamal tidak menafikan bahawa Emma punya ciri-ciri tersebut.
"Antara kualiti wanita yang Kamal suka adalah dia mestilah percaya dengan kerja Kamal sebagai seorang anak seni. Selain itu, dia juga haruslah tidak cepat mendengar cakap orang dan terus mempercayai sesuatu perkara sebelum mendengar penjelasan," tegasnya.
Adakah Kamal dan Emma benar-benar menyimpan rasa sebagai pasangan kekasih? Atau adakah mereka hanya sekadar berteman dan selesa bersahabat? Semuanya dapat dikupas menerusi isu terbaru majalah Media Hiburan yang kini berada di pasaran.
Kami kongsikan beberapa gambar menarik dan sweet kedua-dua selebriti ini buat tatapan anda.
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.