Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba Joe Flizzow dan Sonaone didakwa cuba larikan diri daripada sekatan polis di jalanraya.
Apa pula kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sehingga cuba melarikan diri daripada pihak polis?
Rupa-rupanya insiden itu adalah sebahagian daripada lirik lagu Joe Flizzow dan SonaOne diberi kepercayaan untuk membawakan lagu tema filem Polis Evo iaitu “EVO” terbitan Astro Shaw.
Lagu tersebut mendapatkan sentuhan magis komposer terkenal iaitu Audi Mok dan ianya berentak ‘Up Beat’ sesuai dengan halwa telinga pendengar untuk menikmati baik liriknya sehingga ke minit yang terakhir.
Malah lagu ini bersesuaian dengan filem Polis Evo yang cuba mengangkat martabat, tema kehidupan dan cabaran sebagai anggota polis.
Pembikinan muzik video Evo hanya mengambil masa lebih kurang dua minggu sahaja untuk disiapkan dan telah pun dimuat naik ke laman perkongsian YouTube sejak 2 Ogos yang lalu.
Apa yang menarik tidak sampai seminggu muzik video Evo telah mendapat 57,000 tontonan dengan 734 ‘Like’.
Terbaru, lagu “Evo” kini berada di tangga 31 Carta ERA 40 Undi dan dijangka akan sering diputarkan atas permintaan para pendengar radio ERA FM.
Jangan lupa untuk terus menonton muzik video EVO di laman YouTube dan teruskan mengundi dihttp://www.era.fm/Carta/ERA-fm/Carta-ERA-40.aspx?page=4 agar mereka menguasai Carta ERA 40 Undi!
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/160460/Joe-Flizzow-Dan-SonaOne-Larikan-Diri-Dalam-Sekatan-Jalanraya-Pihak-Polis.aspx
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan