loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Gisele Bundchen, supermodel dengan bayaran paling tinggi ketika pada 2014 dengan jumlah mencecah USD47 juta
Gisele Bundchen, supermodel dengan bayaran paling tinggi pada 2014 dengan jumlah mencecah USD47 juta
SUPERMODEL antarabangsa, Gisele Bundchen dikritik oleh masyarakat Islam antarabangsa kerana dilihat menghina kewajipan Islam iaitu menutup aurat untuk tujuan kepentingan peribadi.
Menurut laporan, Gisele yang berada di Perancis baru-baru ini dilihat memakai burqa dan menutup seluruh tubuhnya dengan pakaian berwarna hitam, seolah-olah seorang wanita Islam.
Rupa-rupanya, dia bertindak demikian dipercayai untuk mengelak orang ramai menghidu kehadirannya di sebuah klinik terkemuka untuk melakukan pembedahan plastik.
Exclusive... Gisele Bundchen Goes Incognito With Sister Rafaela To Get Plastic Surgery in Paris - NO WEB2AEE82E800000578-3179559-image-a-9_1438258566868
Dalam satu kenyataan, Imam Muhammad Abdullah Kamal Al-Azhari dari Astoria Islamic Centre, New York menegur perilaku Gisele yang menyalah gunakan tujuan memakai burqa dan mengklasifikasikannya sebagai satu penghinaan.
“Niat utama bukan kerana Islam. Ia sesuatu yang teruk. Dia memakai burqa dengan tujuan yang tidak baik.”
Menerusi beberapa keping foto yang tersebar luas di Internet, seorang wanita dipercayai Gisele dilihat memasuki sebuah kenderaan mewah dalam pakaian serba hitam dan menutup hampir keseluruhan wajahnya.
Dia dikatakan datang ke klinik tersebut untuk menjalani pembedahan berjumlah USD11,000 di bahagian payudara dan wajahnya.
Apa yang membuatkan Gisele kantoi, bahagian kakinya terdedah sekaligus menampakkan dia hanya memakai sandal tidak seperti wanita Islam yang berpakaian burqa.
Jangan tak tahu, Gisele merupakan duta kepada jenama sandal wanita popular, Ipanema!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Laporan Gisele Bundchen Hadir Ke Klinik Pembedahan Kosmetik Memakai Burqa
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top