Pelakon Hans Isaac akui berasa malu apabila melakonkan adengan atas katil dengan seorang aktres jepun yang baru dikenalinya pada hari pertama penggambaran filem Nota.
Menurut Hans, keadaan menjadi agak sukar apabila dia terpaksa melakonkan babak intim tersebut dengan tidak mengenakan baju di hadapan wanita yang tidak dikenali.
“Hari pertama penggambaran saya sudah disuruh buka baju atas katil. Malu sangat apabila saya perlu lakukan aksi intim di atas katil dengan pelakon dari Jepun yang sememangnya saya tak pernah kenal apatah lagi jumpa.
“Berpeluh jugalah apabila disuruh melakonkan adegan yang sebegitu. Tapi sebagai seorang pelakon saya perlu bersikap profesional dan mungkin di Jepun perkara ini normal tapi di Malaysia tidak.
“Yalah, di sini pasti ada hadnya namun saya lakonkan dengan sehabis baik dan saya sahut ia sebagai cabaran. Jadi adegan itu berjaya dilakukan dalam satu syot sahaja,” katanya seperti yang dilapor Portal Murai.
Bercakap mengenai filem berkenaan, Hans memberitahu filem tersebut berbeza dengan filem komersial biasa kerana ianya pertama kali dia berlakon dalam filem yang punya dialog yang sangat minimal.
“Sebenarnya dari dulu lagi saya hendak berlakon dalam filem sebegini kerana selama ni saya hanya berlakon dalam filem-filem berbentuk komersial sahaja.
“Dalam filem ini, dialog saya paling sedikit dan saya boleh katakan anda akan dapat saksikan kelainan filem ini daripada filem-filem yang pernah anda tonton sebelum ini kerana saya percaya cara sinematografinya berbeza daripada filem Malaysia kita.” jelasnya.
Terdahulu, Hans pernah melakonkan aksi bercumbuan dalam filem Miss You Like Crazy bersama pelakon Filipina.
Filem Nota akan mula ditayangkan secara serentak di pawagam di seluruh Malaysia pada 13 Ogos depan.
Sumber: Portal Murai
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan