loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Pelakon Raja Ilya mengakui dia kini masih menunggu pengesahan tarikh syarikat produksi daripada India untuk memulakan penggambaran sebuah filem Bollywood.

Difahamkan filem tersebut juga bakal menampilkan aktres terkenal Bollywood iaitu Kajol.

Menurut Raja Ilya, dia telah diberitahu bahawa pengesahan itu akan dibuat tidak lama lagi sebelum mereka dijangka memulakan penggambaran pada Disember 2015.

“Saya sudah pun mengikat kontrak dengan sebuah produksi filem Bollywood ini tetapi sehingga kini saya masih menunggu bila ianya akan direalisasikan.

“Sepatutnya kami sudah memulakan penggambaran pada Mac lalu tetapi ianya terpaksa ditangguhkan.

“Namun perkembangan terbaru, saya diberitahu mereka akan memberitahu status filem itu pada September ini. Malah paling awal mereka jangka akan memulakan penggambaran pada Disember ini.

“Saya diberitahu lagi, penggambaran itu terpaksa ditangguh sejak Mac lalu kerana mereka mempunyai beberapa masalah di India yang perlu diselesaikan,” katanya seperti yang dilapor Portal Murai.

Sebelum ini, Raja Ilya pernah menyatakan yang dia bakal menjalani penggambaran bergandingan dengan aktres Kajol menerusi sebuah filem terbitan kerjasama produksi Malaysia dan India.

Tambah Raja Ilya lagi, dia masih menaruh harapan tinggi untuk memasuki industri filem Bollywood dan seterusnya menempa namanya di sana.

“Sejujurnya saya akui, saya masih menaruh harapan yang tinggi untuk mendapat banyak lagi peluang berlakon di sana dan saya dalam usaha mencapai cita-cita saya itu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Raja Ilya bakal melancarkan produk kecantikan yang dinamakan Bintang Klasik iaitu keluaran syarikat miliknya sendiri.

Sumber: Portal Murai Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top