loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

SEJUK mata memandang apabila melihat kebanyakan artis wanita tempatan sudah mula mengenakan hijab.
Terbaharu ialah Erra Fazira dan Amy Mastura yang mengikuti langkah rakan sezaman mereka Ziana Zain yang terlebih dahulu menutup aurat.
Kalau dah mengambil keputusan untuk memakai hijab, kita semua mengharapkan mereka sentiasa istiqamah dengan penghijrahan positif dalam hidup selebriti-selebriti ini.
Datuk Nooh Gadut
Datuk Nooh Gadut
Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut memberi tiga garis panduan kepada selebriti tanah air yang telah berhijrah agar mereka dapat menjaga kesucian Islam sesuai dengan penghijrahan yang dilakukan.
Antaranya, mereka perlu sentiasa menutup aurat, tidak berpakaian ketat dan tidak memakai pakaian jarang agar fesyen yang digayakan tidak memberi ghairah kepada orang ramai.
“Sewajarnya kita patut beri ucapan tahniah dan penghargaan kepada mereka kerana transformasi serta penghijrahan dilakukan tetapi semua pihak harus ambil perhatian bahawa aurat ini bukan sekadar menutup sahaja.
“Mereka juga harus memastikan bahawa pakaian yang dipakai tidak ketat dan jarang sehingga boleh menampakkan susuk serta bentuk tubuh badan seseorang kerana ini akan menjadikan orang ghairah apabila melihat,” katanya memetik mStar.
Menurut beliau lagi menutup aurat menjadi satu kewajipan kepada perempuan ataupun lelaki mengikut panduan masing-masing kerana ia adalah hukum Allah.
“Saya berharap kepada yang dah berhijrah agar jangan putus asa dalam memperbaiki diri pada masa hadapan dan sentiasa istiqamah dalam menutup aurat.
“Sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi ikutan ramai justeru teruskanlah melakukan perubahan secara berperingkat,” katanya lagi.
Diharapkan semua selebriti dapat mengikut segala pesanan yang diberikan mufti terkenal ini semoga segala penghijrahan yang dilakukan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top