Ketika datang bulan, pasti wanita akan menghadapi situasi dimana akan merasa lapar sepanjang masa dan rasa nak makan semua benda.
Tapi, anda kena tahu, makanan apakah yang anda tidak boleh makan sewaktu datang bulan.
Jangan pakai bedal je, takut-takut nanti sesuatu yang tidak diingini terjadi pada anda.
1. Daging berlemak
Makanan seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau pun ikan.
2. Ais Krim
Ais krim adalah makanan yang paling dicari oleh wanita sewaktu datang bulan. Tetapi tahukah anda, ia adalah salah satu makanan yang perlu dielakkan?
Produk tenusu mengandungi lemak dan ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa seperti mahukan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.
3. Snek dan kerepek
Elakkan makan jajan atau snek seperti kerepek kerana ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung.
4. Coklat, biskut dan kek
Makanan bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk.
Sekiranya anda inginkan sesuatu yang manis, cuba gantikannya dengan mengambil buah-buahan.
5. Kopi
Bagi pencinta kopi, memang amat sukar untuk meninggalkan minuman berkafein. Walau bagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut.
Untuk mengantikan keperluan kafein anda, anda boleh minum teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.
6. Minuman tenaga
Seperti kopi, minuman tenaga mengandungi kafein dan ia tidak bagus bagi wanita yang sedang datang haid. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan boleh menambah kesakitan senggugut anda.
Sumber: Says.com
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan