PETALING JAYA: Tertekan dengan tindakan teman wanita yang memaksa untuk berkahwin, seorang guru agama menikam teman wanita berusia 34 tahun sehingga mati di hadapan sekolah tempatnya mengajar.
Bagaimanapun lelaki itu berjaya ditahan di rumahnya di Jalan Songket 4, Taman bukit Bujang, selepas beberapa jam kejadian selepas mayat Nur Salina Nazir ditemui di dalam kereta Proton Wira berwarna kelabu miliknya pada pukul 9 pagi Rabu.
Nur Salina yang mempunyai empat orang anak ditemui mati dengan tujuh tikaman di badannnya berada di bahagian pemandu dalam kereta tersebut.
Nur Salina yang mempunyai empat orang anak ditemui mati dengan tujuh tikaman di badannnya berada di bahagian pemandu dalam kereta tersebut.
Mangsa ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu dan terus melaporkan kepada pihak berkuasa.
Dilaporkan sebelum ini, kedua-dua mereka bertengkar selepas mangsa meminta lelaki itu mengahwininya.
Dilaporkan sebelum ini, kedua-dua mereka bertengkar selepas mangsa meminta lelaki itu mengahwininya.
“Mangsa ditikam empat kali di dada, dua di paha dan satu di lengan kiri. Barang-barang peribadi mangsa juga hilang. Kami sedang mencari senjata yang digunakan. Suspek juga turut mengaku menikam mangsa.” katanya.
Nur Salina meninggalkan empat orang anak termasuk tiga perempuan dan seorang lelaki berusia 7 hingga 14 tahun.
Nur Salina meninggalkan empat orang anak termasuk tiga perempuan dan seorang lelaki berusia 7 hingga 14 tahun.
Sumber dipetik dari MStar
Catat Ulasan