Dek kerana keinginannya untuk memenangi misi dalam Running Man (RM) terlalu tinggi, Song Ji Hyo sanggup bertindak diluar jangkaan dengan menggigit betis Kim Jong Kook sekuat hati.
Akibat daripada tindakannya itu, Kim Jong Kook yang berada di atas jongkang-jongket tinggi rekaan pihak produksi (RM) itu mengerang kesakitan lalu terjatuh dan terpksa mengalah.
Aksi Song Ji Hyo itu bukan sahaja mengejutkan anggota Running Man malah tetamu jemputan mereka iaitu kumpulan K-Pop terkenal 2PM dan pelakon Baek Jin Hee juga terlopong melihat tindakan spontan tersebut.
Ternyata kumpulan 2PM tidak dapat menyembunyikan rasa kagum dengan ketangkasan dan kelincahan Song Ji Hyo yang mampu mengalahkan ahli terkuat Running Man.
Yoo Jae Suk yang kemudiannya seakan-akan tersedar dari lamunan terus memberikan komen berbunyi:
“Ini gila, Song Ji Hyo kamu sanggup lakukan apa sahaja untuk kumpulan kamu menang bukan?” kata-katanya itu hanya disambut dengan senyuman oleh Ji Hyo.
Selain itu, boleh dikatakan Running Man episod 256 yang akan bersiaran pada Ahad ini merupakan antara episod hebat dan paling melucukan.
Begitu banyak perkara menarik dan ‘ganas’ yang terjadi dalam Running Man minggu ini.
Apa kata sambil anda makan biskut raya, jangan lupa saksikan Running Man pada setiap Ahad, jam 8.30 malam secara eksklusif di One HD (saluran 393). Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.