loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
PELAKON Korea Selatan yang terkenal menerusi watak Kang Joon-sang dalam drama bersiri Winter Sonata, Bae Yong-joon dilaporkan telah mengakhiri zaman solonya bersama pelakon, penyanyi dan personaliti televisyen Park Soo-jin kira-kira jam 7 petang, semalam.
Majlis perkahwinan yang hanya dihadiri oleh rakan akrab dan ahli keluarga ini diadakan secara tertutup di Hotel Sheraton Grande Walkerhill, Seoul.
Jutawan Dan Hero Winter Sonata, Bae Yong-joon Kahwini Personaliti TV Korea
Jutawan Dan Hero Winter Sonata, Bae Yong-joon Kahwini Personaliti TV Korea
Ratusan peminat dikatakan berkumpul di luar hotel bagi memberi sokongan dan berharap dapat bertemu pasangan pengantin baru ini.
Hotel itu pernah menjadi lokasi penggambaran drama Hotelier yang turut dibintangi Bae.
Menurut agensi pengurusan Bae Yong-joon, pelakon berusia 42 tahun itu tertarik dengan personaliti Park sejak mereka berkenalan pada Februari lalu.
Drama terakhir lakonan Bae adalah The Legend yang ditayangkan pada 2007.
Bae kini sibuk dengan agensi pengurusan bakat Korea, KeyEast Entertainment selaku pemegang saham utama. Dia dilaporkan memiliki harta berjumlah 107 bilion won (RM350 juta).

Sumber : Agensi/MYNEWSHUB.CC
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top