Bukan sahaja malu, aktor Hans Issac akui dia agak kekok apabila melakukan adegan atas katil dengan seorang pelakon wanita daripada Jepun yang tidak pernah dikenalinya pada hari pertama peggambaran filem Nota.
Hans berkata dia berhadapan kesukaran itu kerana terpaksa melakukan adegan intim dengan wanita serta pelakon yang dia sendiri belum lagi sempat mengenali.
“Hari pertama penggambaran saya sudah disuruh buka baju atas katil. Malu sangat apabila saya perlu lakukan aksi intim di atas katil dengan pelakon dari Jepun yang sememangnya saya tidak pernah kenal atau berjumpa. Berpeluh juga apabila disuruh melakonkan adegan yang sebegitu.
“Tapi saya perlu menjadi seorang profesional kerana mungkin di Jepun perkara ini normal tapi di Malaysia tidak. Yalah, di sini pasti ada hadnya.
“Namun saya lakonkan dengan sehabis baik dan saya sahut ia sebagai cabaran. Jadi adegan itu berjaya dilakukan dalam satu syot sahaja,” katanya.
Terdahulu, Hans pernah melakonkan aksi bercumbuan dalam filem Miss You Like Crazy bersama pelakon Filipina.
Nota diarahkan oleh seorang pengarah filem daripada Jepun iaitu Yasu Tanaka selain menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Maya Karin, Ramli Hassan dan Rin Izumi.
Bercerita mengenai pengalaman menjalani penggambaran filem Nota, Hans memberitahu filem tersebut berbeza dengan filem komersial biasa kerana ianya pertama kali dia berlakon dalam filem yang punya dialog yang sangat minimal.
“Sebenarnya dari dulu lagi saya hendak berlakon dalam filem sebegini kerana selama ni saya hanya berlakon dalam filem-filem berbentuk komersial sahaja.
“Dalam filem ini, dialog saya paling sedikit dan saya boleh katakan anda akan dapat saksikan kelainan filem ini daripada filem-filem yang pernah anda tonton sebelum ini kerana saya percaya cara sinematografinya berbeza daripada filem Malaysia kita.
“Sementara itu berlakon dengan Maya lebih mudah kerana kami sudah lama berkawan dan dia merupakan seorang pelakon yang berbakat besar membuatkan saya senang bekerja dengannya,” jelasnya lagi.
Filem Nota akan mula ditayangkan secara serentak di pawagam di seluruh Malaysia pada 13 Ogos depan.

Artikel ini disiarkan pada 30 Julai 2015.
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/690123/hans-issac-malu-tak-berbaju-atas-katil-bersama-pelakon-wanita-jepun
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan