loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Sekalipun pelakon Sharnaaz Ahmad seorang yang lantang dan tegas meluahkan pandangannya, Fasha Sandha, 31, selesa berkerjasama dengannya dalam Solatku, Hidupku, Matiku.
Fasha digandingkan dengan Sharnaaz, 30, buat pertama kalinya memegang watak suami isteri, mengutamakan sikap profesional gandingannya ketika bekerja.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan mengakui tidak pernah berhadapan masalah dengan Sharnaaz ketika di lokasi.
“Sepanjang penggambaran, kami saling memberikan kerjasama baik dan saya cukup selesa. Jadi, apa saja tanggapan orang pada Sharnaaz, itu hak mereka.
“Bagi saya, dia (Sharnaaz) bukan saja profesional dalam soal bekerja, malah pelakon berbakat. Saya seronok berkerjasama dengan dia.
“Saya juga gembira telefilem itu mencatat rating tertinggi di Astro selepas tayangannya pada Mei lalu,” katanya.
Melakonkan watak antagonis sebagai isteri yang meninggalkan suami berpenyakit kusta dalam telefilem itu, Fasha berkata, suaminya Rizal Ashram tidak kisah apa saja watak yang dilakonkannya.
Cuma sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak, dia agak selektif dengan watak. Meskipun tak kisah untuk melakonkan watak antagonis, Fasha pastikan karakternya tak melampaui batas.
“Saya juga perlu menjaga emosi dan mengambil kira perasaan Rayfal yang baru berusia dua tahun yang menangis ketika menonton lakonan saya dalam Solatku, Hidupku, Matiku.
“Saya memang tak sangka dia (Rayfal) tersentuh hati melihat lakonan saya hingga menangis. Bagi menenangkan dia, saya peluk dan beritahunya ketika itu saya bekerja,” katanya.
Kata Fasha, disebabkan gandingan sulungnya dengan Sharnaaz menjadi, mereka bekerjasama lagi dalam telefilem Ramadan Jangan Tinggal Kami untuk TV3.
Telefilem istimewa ini yang turut membariskan Sherry Al Hadad dan Liza Abdullah disiarkan menerusi slot Tele Ramadan, jam 10 malam ini.
Kata Fasha, dia tidak kisah bekerjasama dengan mana-mana pelakon asalkan bersikap profesional ketika bekerja.
Fasha juga baru selesai penggambaran filem Dukun Dr Rani arahan Sabri Yunus turut dibinta­ngi penyanyi terkenal dari Singapura, Taufik Batisah.
Begitu juga filem Anak Mami Nasi Kandar arahan Datuk A Razak Mohaideen dan juga akan muncul dalam program Romantika Raya.
Katanya, lakonan kini menjadi karier kedua dan sekarang dia agak seronok menguruskan perniagaan. Apatah lagi dia kini mempunyai tiga perniagaan.
Salon Chinta diusahakan empat tahun lalu manakala produk kecantikan Jemaima pula mula beroperasi sejak November 2014 dan sekitar April lalu, Fasha muncul dengan busana kanak-kanak lelaki, Jiwa by FS.
“Perniagaan produk kecantikan Jemaima dan pakaian koleksi jenama Jiwa pula buat masa sekarang jualannya dibuat secara dalam talian (online) di Internet. Saya belum lagi membuka butik.
“Ilham mengusahakan jenama pakaian kanak-kanak Jiwa itu tercetus sebagai dedikasi kepada dua anak lelaki saya, Rayfal dan abangnya, Rayqal.
“Kalau anak perempuan, saya sudah ada jenama produk untuknya. Sudah tentu saya mahu berlaku adil kepada anak-anak lelaki dengan menghasilkan produk pakaian jenama Jiwa by FS. Harganya amat berpatutan dan mampu dibeli dan tidak terlalu mahal,” katanya.
Mengenai sambutan Aidil­fitri, Fasha akui teruja meraikannya bersama suami dan anak-anak, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.
Pada kala kebanyakan pasangan suami isteri dan ibu bapa sibuk membuat persediaan lebaran untuk keluarga seperti busana untuk digayakan, Fasha pula tidak perlu bersusah-payah memikirkannya.
Katanya, persiapan Aidilfitri ini tidaklah beriya-iya sangat malah rezekinya juga murah apabila banyak mendapat tajaan busana daripada rakan-rakan pereka fesyen terkenal tempatan.
“Rasanya persiapan tahun ini biasa saja. Saya banyak mendapat tajaan daripada rakan-rakan pereka fesyen terkenal yang agak rapat.
“Saya tidak pernah meminta-minta kepada mereka untuk tajaan tetapi di atas hubungan persahabatan terjalin, saya anggap apa yang mereka berikan itu sebagai hadiah.
“Kalau ikutkan persediaan yang saya buat sendiri, sebenarnya hanya dua pasang pakaian saja yang sudah ditempah kerana kali ini kami sekeluarga bersederhana meraikan Aidilfitri,” katanya yang akan meraikan Aidilfitri bersama-sama keluarganya dan mentua.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63796#sthash.UJ1VxSgM.dpuf Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top