loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Segala persoalan dan tanda tanya berhubung pelantikan kerusi panas pengetua program realiti Akademi Fantasia (AF2015) terjawab apabila nama komposer dan juga penyanyi Edry Abdul Halim diumumkan sebagai pengetua.

Masih mengekalkan format asal, AF2015 bakal menyaksikan gabungan semula barisan tenaga pengajar yang cukup sinonim dengan AF musim terdahuli iaitu Acis (Pengarah Muzik Konsert), Shahrol (Guru Vokal), Fatimah Abu Bakar (Guru Motivasi & Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru tarian & Kareografi), Fauziah Nawi (Guru Seni Persembahan) dan Que Haidar (Guru Pementasan).

Menurut Ketua Saluran Hiburan Astro Azlin Reza Azmi, pemilihan Edry sebagai pengetua adalah berdasarkan kredibilitinya sebagai seorang komposer dan penghibur yang berpengalaman dalam bidang seni.

“Pihak Astro dan keluarga AF berasa bertuah dengan persetujuan Edry untuk memimpin akademi pada tahun ini.

“Pengalaman dan kredibiliti beliau sebagai seorang komposer dan penghibur yang cukup berpengaruh dalam industri muzik tempatan semenagnya tidak perlu disangkal lagi.

“Disokong dengan barisan tenaga pengfajar yang merupakan tulang belakang AF dan cukup arif dalam bidang masing-masing, kami yakin Edry mampu menerajui akademi dan membimbing para pelajar untuk menjadi bintang yang bakal memberikan saingan dalam industri ini kelak.” katanya ketika ditemui pada sidang media AF2015 bertempat di 1st Avenue, Damansara, petang Selasa.

Selain itu seramai 16 bakal pelajar AF2015 turut diperkenalkan secara rasmi yang terdiri daripada lapan orang pelajar lelaki iaitu Shahrul, 19, Iqwan, 20, Syamel, 22, Openg, 23, Faroq, 23, Sufi, 24, Syahid, 27 dan Wili, 28.

Manakala lapan orang pelajar wanita ialah Bila, 19, Ziqa,19, Arisa,21, Aziah, 21, Ifa, 21, Lisa, 22, Rachel, 23 dan Dalila, 23.

Bagi merancakkan lagi penerbitan musim ini, AF2015 bakal membuat kejutan sewaktu konsert penentuan di minggu pertama kelak.

Kesemua 16 orang pelajar akan membuat persembahan secara langsung dan pemilihan dibuat berdasarkan 100% keputusan pengetua dan barisan tenaga pengajar AF2015.
Jumlah pelajar yang bakal meneruskan perjuangan dalam AF2015 hanya akan terjawab pada malam Konsert Penentuan itu nanti.

Program pengenalan Tirai AF2015 akan ke udara selama dua episod bermula 1 & 2 Ogos 2015, jam 9.00 malam.
Diari AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 malam bermula pada 3 Ogos ini.

Manakala Konsert Mingguan F2015 akan bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam mulai 9 Ogos depan.

AF2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).


http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/160413/AF2015-Edry-Abdul-Halim-Dipilih-Sebagai-Pengetua.aspx Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top