loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Berita megenai Adira putus tunang baru-baru ini hebah diperkatakan namun dalam masa yang sama, Adira sendiri tidak mahu nama Elizabeth Tan terus dikaitkan dengan punca sebenar perpisahan bersama tunangnya.
 
“Dia (Elizabeth) tiada kaitan dalam hal ini. Bagi saya, perpisahan ini adalah ketentuan Ilahi dan tiada siapa mampu menghalangnya. Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Inilah ujian dan ketentuan yang perlu saya terima,” kata Adira kepada Kosmo!
Selain itu, Adira sendiri tidak mahu membuka mulut mengenai apa yang telah berlaku selain memberitahu bahawa dia ada menghubungi Elizabeth dan berborak dengannya supaya dia tidak rasa dirinya bersalah.
“Biarlah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat saya dan Shahrul. Sejujurnya, saya sudah boleh terima hakikat apabila berstatus solo kini. Maaf. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Lagipun saya mahu menjaga nama baik kedua-dua belah pihak”
 
“Saya tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan punca sebenar keretakan hubungan kami walaupun ramai yang sudah membaca berita ini di laman sosial. Biarlah mereka sahaja yang buktikan asalkan bukan daripada mulut saya,” jelas Adira yang mengakui kecewa dengan apa yang berlaku. (rtky/s)
SUMBER
 KOSMO!
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top