loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Tidak Mahu Orang Nampak Kita Gatal - Uqasha Senrose

Pelakon jelita, Uqasha Senrose terkejut sambil tersenyum apabila membaca kenyataan teman lelakinya, pelakon Syafiq Kyle yang baru-baru ini mengesahkan mereka masih berpacaran.
Mengulas tentang perkara tersebut, aktres yang semakin manis sejak bertudung ini menyatakan selama mengenali kekasihnya itu, Sayfiq disifatkan sebagai seorang yang tidak suka mendedahkan perihal peribadi pada umum.
"Apa yang saya kenal dia, dia memang susah nak berkongsi tentang hal peribadi sebab itu saya terkejut apabila dia buat kenyataan begitu.
"Kami pun sudah lama tidak berjumpa dan meluang masa bersama sebab masing-masing sibuk dengan penggambaran tetapi bila ada masa, kami akan berhubung.
"Zaman sekarang ada macam-macam cara dan teknologi untuk kita berhubung.
"Saya terbaca kenyataannya itu di Twitter. Masa saya baca tu, saya hanya tersenyum saja dan terharu.
"Kalau dia dah mengaku macam tu, saya rasa tak perlu saya nak komen apa-apa," katanya sambil tersenyum biarpun pada awalnya kelihatan malu-malu tatkala diusik pihak media mengenai hubungannya dengan hero drama Bila Hati Berbicara itu.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 20, ditemui pada majlis Berbuka Puasa Air Asia dan Air Asia X, baru-baru ini.
Sebelum ini ada khabar pasangan ini menjalin cinta tetapi selama ini masing-masing mengatakan yang mereka berkawan.
Bagaimanapun, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini menyatakan dia sebolehnya mahu mengelak daripada berkongsi mengenai hal peribadi. Apatah lagi sebagai wanita dia merasakan tidak manis sekaligus tidak mahu dikatakan melebih-lebih.
"Saya tak suka kongsi kehidupn peribadi baik di laman sosial Instagram ataupun secara terbuka. Kalau di Instagram saya, saya lebih suka berkongsi perkembangan kerjaya.
"Sebagai perempuan, tak manis pula kalau kita yang bercerita, nanti nampak macam kita lebih-lebih pula.
"Tak mahu nanti orang nampak macam kita yang gatal. Jadi, saya kena jaga maruah saya," katanya.
Ditanya sama ada mereka ada merancang untuk membawa hubungan tersebut ke peringkat lebih serius, Uqasha menjelaskan dia hanya berserah kepada ketentuan Tuhan dan tidak mahu terburu-buru.
"Kalau jadi, jadilah. Saya serahkan pada takdir," jawabnya.
Perkembangan lain, Uqasha kini dipilih sebagai wajah iklan jenama Sunsilk.
"Saya dipilih sebagai model untuk iklan. Kalau nak kata jadi duta tu belum lagi sebab tiada apa-apa kontrak. Semuanya masih dalam perbincangan," katanya.
- mD
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top