loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KERETA Toyota Vios dinaiki pasangan suami isteri terbakar selepas terbabit kemalangan ketika mengelak seekor biawak di Kilometer 105, Labuh raya PLUS, arah selatan di Yong Peng, semalam. - Foto Arifin Salleh BATU PAHAT: Akibat berhenti secara mengejut di lebuh raya untuk mengelak terlanggar biawak, sepasang suami isteri rentung apabila kereta mereka dirempuh lori di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Yong Peng di sini, semalam. Sudharshan Vijaya Renga, 32, dari Selangor, yang memandu Toyota Vios dikatakan berhenti secara tiba-tiba di lorong kiri apabila menyedari seekor biawak melintas lebuh raya itu, jam 11.10 pagi. Sebuah kereta yang mengekorinya berjaya mengelak daripada terlanggar kenderaan itu, tetapi lori yang dipandu Mohd Nazlie Hadis Paiman, 25, gagal berbuat demikian, lalu merempuh Toyota Vios berkenaan. Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke kiri, lalu merempuh besi penghadang lebuh raya dan terbakar. Sudharshan dan isterinya, Anuja Nirumal Kumar, 32, yang gagal menyelamatkan diri, rentung. Mohd Nazlie, mendakwa dia dan isterinya, Norfahdah Mohamad, 19, baharu saja keluar dari Hentian Rehat & Rawat (R&R) Yong Peng. "Ketika memasuki lebuh raya, saya berada di lorong kiri dan terkejut selepas melihat sebuah kereta di hadapan tiba-tiba mengubah laluan ke lorong kecemasan dan ketika itu saya tidak perasaan ada sebuah lagi kenderaan di hadapannya. "Jaraknya amat dekat, saya tidak dapat berbuat apa-apa selepas melihat Toyota Vios terbabit berhenti di hadapan dipercayai hendak mengelak seekor biawak sebelum dilanggar," katanya kepada BH, ketika ditemui di lokasi. Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Lazim Abd Rahman, berkata sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.13 pagi, sebuah jentera bomba bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi. "Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati kereta terbabit terbakar dan ada dua orang di dalamnya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/64153
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/64153 Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top