loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

PETALING JAYA: Seorang guru yang berpangkat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sebuah sekolah rendah di Sungai Petani didakwa menyuruh murid bukan Islam supaya meminum air paip atau air kencing sendiri sekiranya tidak membawa bekalan air sendiri ke sekolah.

Menurut dakwaan, guru itu didakwa membuat kenyataan kontroversi itu ketika berucap di majlis perhimpunan rasmi sekolah terbabit pada 21 Jun.

Nasihat itu dipercayai dibuat oleh guru itu supaya murid bukan Islam menghormati murid Islam yang sedang berpuasa.

Murid-murid bukan Islam diingatkan supaya tidak minum air di dalam kelas tetapi minum air di tandas sekolah.

Sekiranya tidak mempunyai air, maka boleh minum air paip ataupun air kencing sendiri,� kata guru terbabit menurut dakwaan yang ditaip menjadi surat aduan.

Surat aduan itu ditulis kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.



Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, Sivarraajh berkata sikap guru ini pasti mengundang rasa kurang puas hati.

Sivarraajh
Biarpun ibu bapa percaya sekolah sebagai pusat untuk anak-anak mereka belajar erti perpaduan, saling memahami dan toleransi tetapi sikap seorang guru yang mengarah pelajar bukan Islam minum air kencing sendiri pastinya mengundang rasa kurang puas hati,� kata beliau.

Tetapi, guru itu meminta pelajar bukan Islam minum air paip atau air kencing sendiri jika tiada bekalan air sebaik mengarah mereka tidak minum air dalam kelas tetapi minum air di dalam tandas sekolah,� selar Sivarraajh memetik laporan dari portal Kuala Lumpur Post.

Ucapan yang disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ini tidak beradab dan tidak sopan serta menimbulkan sentimen perkauman di kalangan pelajar dan masyarakat yang bukan Islam,� ujar beliau lagi sambil menambah perkara itu boleh mengakibatkan wujud isu perkauman dalam kalangan murid. - Siakapkeli.my Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top