Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Acara melagakan kepala antara dua individu dilakukan di sebuah tempat di Nusa Tenggara Barat yang diamalkan oleh masyarakat Bima. Acara pelik ini diadakan pada setiap musim menuai di mana ianya merupakan waktu yang paling sesuai untuk melaksanakan tradisi unik ini yang disebut Entubu. Entubu adalah tradisi laga kepala manusia.
Tradisi Entubu atau laga kepala ini merupakan tradisi peninggalan nenek moyang warga Bima di Pulau Sumbawa. Tradisi ini hanya ada di daerah dataran tinggi Kecamatan Wawo dan hanya boleh dilakukan oleh orang-orang tertentu yang sudah dibekalkan ilmu kesaktian atau dari keturunan pahlawan Kesultanan Bima.
Kebanyakan peserta terdiri daripada mereka yang kuat fizikal dan mental dan bernekad untuk berlawan kepala. Tanpa mempedulikan rasa sakit mereka melagakan kepala satu sama lain.
Dalam ritual Entubu ini, para peserta yang jumlahnya empat hingga enam orang akan diiringi oleh muzik khas penduduk Bima dan seorang penyanyi perempuan akan bermadah puisi serta membacakan jampi mantera yang dilakukan sebelum pertandingan sebenar bermula. Ini dilakukan untuk tujuan menaikkan semangat para peserta.
Sebelum melakukan ritual Entubu, para peserta yang dipimpin oleh seorang dalang terlebih dulu dan dibekalkan dengan ilmu kesaktian oleh tok dalang.
Seterusnya, seperti orang kena rasuk, peserta yang sudah dibekalkan ilmu ini lantas menari-nari mencabar lawannya untuk sama-sama beradu kepala.laga_kepala3
Siap sedia…peserta baru hendak memulakan perlawanan laga kepala
Salah seorang tok dalang berkata, jika untuk melakukan upacara Entubu ini, dia terlebih dulu harus berpuasa sehingga tiga hari untuk mengetahui waktu dan mendapatkan kesaktian bagi para pengadunya kelak.
Tradisi Entubu yang unik ini memang sudah jarang dilakukan lagi di bandar Bima di sana. Namun kebelakangan ini, para pemuda setempat cuba menghidupkan semula tradisi ini untuk dikembangkan sebagai salah satu cabang kesenian di daerah mereka.
Pertandingan seperti ini sememangnya memerlukan keberanian yang tinggi kerana ianya memberi risiko serta tekanan terhadap kepala setiap peserta. Kalau tidak mempunyai keyakinan, lebih baik jadi penonton sahaja…
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
loading...
Related Posts
Inilah Jadinya Apabila Orang Zimbabwe Berpestakan Daging Gajah
Foto-foto di bawah ini adalah hasil karya David Chencellor dari UK. Foto-foto tersebut melihatkan [...]
Anda Pasti Terkejut Melihat Keadaan Lebuhraya Di Russia Ini
Lebuhraya Amur-Yakutsk merupakan sebuah lebuhraya persekutuan yang terletak di Republik Sakha (Yakut[...]
Wanita Mengandung Selama 37 Tahun Hingga Bayi Menjadi Batu
Jambi: Kejadian seorang wanita berusia 60 tahun mengandung selama 37 tahun, menjadi perhatian kerana[...]
Lihat Apa Yang Mengejutkan Isi Perut Ikan Ini Setelah Di Potong Dua
When a fisherman cut this fish open he quickly discovered that it had filled up on other fish.[...]
Jom Tengok Gusti Paling Gila-Gila Hanya Di Jepun
One thing you should never try to do is explain Japanese wrestling. It just can't be done.[...]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.