Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Mikaila Tyhrust (28) sebelum ini merupakan sseorang wanita yang menarik, dengan rambut perang dan kulitnya yang bersih. Beliau juga mempunyai rancangan masa depan yang cerah ketika berusia 18 tahun.
Namun, semua itu berubah sejak beliau mula ketagihan Gamma Butyrolactone atau sejenis ecstasy cecair pada tahun 2009 lalu. Sejak itu, ia mengalami kerosakan organ hati. Selain disebabkan oleh dadah, beliau pun mengalami kehidupan suram lantaran kerap kali diperlakukan seperti boneka oleh para laki-laki.
Dadah jenis ini biasanya dimakan melalui mulut hampir sama dengan minuman beralkohol tetapi dengan kesan yang lebih lama dan lebih berbahaya. Ubat ini akan membuat penggunanya mengalami perasaan keghairahan. Dan jika diambil terus-menerus dan dengan dos banyak, dadah ini akan sangat membayakan.
Selama beliau mengambil dadah ini, perlahan-lahan perubahan kelainan pada kulitnya. Muncul tompok-tompok seperti jerawat, matanya bengkak, manakala rambutnya berubah warna menjadi kian coklat. Beliau pernah jatuh hingga gigi depannya patah akibat terlalu khayal pengaruh dari dadah.
Dalam masa empat tahun ketagihan, Tyhurst kerap kali dikejarkan ke hospital dan beberapa kali hampir kehilangan nyawa. Beliau mula berhenti mengambil GBL selepas doktor memberi amaran padanya bahawa sekiranya terus menganbil dadah itu, beliau akan meninggal.
Pada akhir Mac lalu, Tyhrust bertekad untuk menjalani pemulihan. Beliau pergi ke pusat pemulihan di Crumpsall, Manchester. Ketika itu dirinya mendakwa telah berhenti menggunakan ubat terlarang selama dua tahun. Ini merupakan salah satu yang beliau lakukan untuk mengubah kehidupannya dan demi anak perempuannya.
Selain pemulihan, beliau juga menjalani detoks dan berharap di kemudian hari boleh menjalani tranplan hati.
Namun, perancangannya tidak lancar seperti yang dibayangkan. Hari Isnin (22/12/2014) lalu, mahkamah memutuskan bahawa beliau bersalah atas tindakan penganiayaan terhadap seorang lelaki yang pernah belaku beberapa tahun yang lalu yang dilakukan bersama rakan-rakannya.
Mahkamah memutuskan penangguhan penahanan selama 18 bulan, dan Tyhurst di kehendaki menjalani program pemulihan selama 12 bulan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
loading...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan