Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Ziona Chana dari perkampungan Baktwang, Mizoram, India diiktiraf sebagai ketua kepada keluarga paling besar di dunia. Berdasarkan fakta, Ziona adalah suami kepada 39 isteri, bapa kepada 94 anak, dan datuk kepada 33 cucu. Kata Chana, 67 tahun, "Aku seperti anak Tuhan yang istimewa. dia mengamanahkanku begitu banyak orang untuk dijaga/dipelihara."
Untuk memastikan perjalanan harian keluarga ini berjalan lancar, semua kerja rumah dikelolakan oleh isteri paling tua Chana, iaitu Zathiangi, 69 tahun. Zathiangi membahagikan tugas mencuci, membersih, dan menyiapkan makanan kepada madu-madunya.
Menurut Rinkmini, isteri Chana yang berusia 35 tahun, Chana berjaya memikat dan mengahwini begitu banyak isteri kerana dia merupakan lelaki yang paling tampan di desa mereka. Rinkmini yang berkahwin dengan Chana 18 tahun lalu mengimbas kembali sejarah perkahwinan mereka yang bermula apabila suaminya itu mengutus sepucuk surat yang menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengannya.
Isteri Chana, Huntharnghanki pula menegaskan bahawa seluruh ahli keluarga hidup dengan aman dan damai kerana mereka saling menyayangi dan menghormati antara satu dengan yang lain.
Untuk memastikan isterinya memperoleh nafkah batin yang sepatutnya, Chana mempunyai sistem rotasi untuk tidur dengan kesemua isterinya. Seperti biasa, isteri yang paling muda tidur di kamar paling dekat dengan biliknya.
Menurut Chana, untuk makan malam keluarganya memerlukan 30 ekor ayam, 60 kilogram kentang dan hampir 100 kilogram beras. Biarpun menyedari kos untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya besar, namun Chana menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi jika bertemu dengan perempuan yang sesuai.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
loading...
Related Posts
Denda Parking Kereta Paling Pelik Hanya Di Russia
These people all parked outside a city hospital in Russia and ignored the no parking signs around [...]
Kuda Berbulu Emas.
Korang tentunya sudah mengenal haiwan bernama kuda. Haiwan ini sudah banyak berjasa di bidang penga[...]
Ayam Terbesar dan Tertinggi di Dunia.
Ayam terbesar di dunia ini disandang oleh ayam bernama Little John, tidak sesuai memang dengan[...]
Mempunyai 1000 Ekor Kucing Sebagai Teman
Wanita bernama Lynea Lattazio memilih hidup bersama kucing-kucing peliharannya. Lynea pun tida[...]
Jambatan Paling Curam
Sebuah iklan kereta di Jepun baru-baru ini menjadi perbincangan netter di sana. Mereka terceng[...]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.