Baru-baru ini foto terkini bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang berbeza fizikalnya telah tersebar di laman-laman sosial.
Dalam foto tersebut Zamani kini berambut pendek sedang duduk bersebelahan dengan abangnya dengan wajah ceria dan tersenyum manis.
Menerusi foto tersebut juga dapat dilihat dengan jelas perubahan fizikal penyanyi Gerimis Mengundang itu yang semakin berisi dan bentuk wajah juga kelihatan sedikit bulat.
Perkongsian tersebut telah mendapat reaksi positif para peminat Zamani yang mahukan penyanyi kesayangan mereka itu terus menjalani rawatan sehingga sihat sepenuhnya.
Selain sokongan positif, para peminat juga mahu Zamani kembali menyanyi seperti dahulu dan memeriahkan lagi persada hiburan tanah air.
Zamani pada Januari lalu telah ditahan polis di kediamannya kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.
Pada awal March lalu, penyanyi tersebut kemudiannya mengaku sedang menjalani rawatan pemulihan dan telah menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya meningkat sebanyak 9kilogram selepas hampir dua bulan dirawat.
Sebutan kes semula terhadap dua pertuduhan terhadap Zamani kerana memiliki dan mengambil dadah akan dilakukan pada 10 April ini di Mahkamah Majistret Ampang.
Di bawah merupakan kata-kata semangat daripada para peminat Zamani:

Catat Ulasan