Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Muzium biasanya di bina sebuah bangunan bersejarah untuk menaungi dan melindungi benda-benda bernilai tinggi.
Namun berbeza dengan Trinity Site. Muzium ini, hampir terbuka di padang pasir yang tandus. Selain lokasi yang tidak biasa, muzium ini juga sangat terkenal, kerana pengunjung hanya di benarkan masuk pada waktu tertentu sahaja.
Muzium yang terletak di New Mexico, Amerika Syarikat, ini, dibuka untuk umum hanya 12 jam per tahun, yakni 6 jam di musim bunga dan 6 jam semasa musim luruh.
Jika dilihat, tidak ada yang istimewanya dari Gurun Jornada del Muerta, lokasi Trinity Site. Hanya berupa hamparan padang pasir luas tanpa tapak bangunan. Apa yang membuat gurun ini begitu istimewa? Ternyata di tempat tersebut, penduduk setempat pernah merasakan letupan bom atom pertama di dunia.
Letupan berlaku pada 16 Julai 1945 pukul 05.29 waktu setempat. Ketika itu, bola api besar meletup dan pecahannya tersebar menjadi batu-batu pasir.
Semasa mengunjungi, tak ada pemandu yang menjelaskan kisah kejadian bom tersebut. Yang ada hanyalah foto-foto yang tergantung di pagar besi bersalut kawat berduri. Dari potret visual itulah sejarah bom atom dipaparkan
Di padang pasir, terdapat sebuah rumah ladang tua yang terus diabadikan. Rupanya, ini adalah tempat di mana saintis Robert Oppenheimer memasang bom penuh sejarah tersebut. Tingkap pecah, atapnya hilang akibat gelegar letupan, tapi rumah dan kerangkanya masih terus wujud hingga hari ini.
Letupan itu membentuk kawah di padang pasir sedalam 1.83 meter dan sepanjang 12.1 meter. Lopak ini merupakan objek yang menarik di tengah padang pasir. Beberapa sisa letupan bom juga dikumpulkan dan ditanam, sebahagian lagi dipamerkan di dalam kotak kaca.
Bom atom adalah senjata yang sangat rahsia dan itu diungkap secara jelas di sini. Inilah salah satu alasan mengapa Trinity Site sangat menarik untuk dikunjungi.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
loading...
Related Posts
Sejarah Menarik Tentang Kehidupan Albert Einstein
Albert Einstein Kita semua pasti kenal akan Albert Einstein. Di sini ada sedikit info tenta[...]
Denda Parking Kereta Paling Pelik Hanya Di Russia
These people all parked outside a city hospital in Russia and ignored the no parking signs around [...]
Fenomena Luarbiasa Ratusan Tasik Terbentuk Di Tengah Padang Pasir
Ada yang berbeza dengan pemandangan padang pasir Lencois Maranhenses di Brazil. Pelancong pasti ta[...]
Jom Lihat Rumah Mewah Milik Mr. Bean Dan Keluarganya
Walaupun suka kelihatan bodoh dalam kebanyakkan film tv, tetapi Mr. Bean tidak lah bodoh dalam hid[...]
Kesan buruk Onani melancap Pada wajah Yang Anda Tidak Tahu !
Kesan buruk Onani Pada wajah | Melancap atau onani adalah perkara yang di sengaja menguluar[...]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.