loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Menjadi kembar pastinya membuat orang keliru untuk membezakannya. Namun pasangan kembar ini tidak puas hanya menjadi mirip saja. Mereka bahkan rela melakukan pembedahan plastik untuk mengejar gelaran kembar yang tak boleh dibezakan.

Anna dan Lucy Decinque mengaku telah menghabiskan US $ 200 ribu untuk melakukan pelbagai pembedahan plastik agar kelihatan semakin mirip. Di awalnya, mereka mula melakukan pembedahan implan bibir supaya kelihatan lebih seksi. Setelah itu dilanjutkan dengan pembedahan pembesaran payudara, tatu kening dan lain-lain.

Pasangan kembar asal Australia ini mengaku bahawa dengan persamaan yang benar-benar serupa membuat mereka boleh berkongsi teman lelaki. Kekasih mereka rata-rata tak boleh membezakan wajah si kembar sehingga tidak sedar jika telah ditukar. Tidak hanya itu saja, mereka juga kerap menukar lelaki demi mencapai kepuasan.

"Semasa masih muda, kami sering bertukar teman lelaki jika merasa bosan," ujar Lucy. "Contohnya semasa di telefon, jika aku tak ingin bicara dengan kekasihku maka Anna akan mengambil telefon itu dan berpura-pura menjadi diriku. Ini menyenangkan kerana teman lelaki kami tak pernah menyedarinya."

"Kami pernah mempunyai satu teman lelaki dan kami semua berkongsi katil," tambah Anna. "Kami mempunyai selera yang sama dalam pelbagai hal. Dengan kembar membuat kami benar-benar merasa serupa."

Obsesi mereka untuk kelihatan serupa juga dilakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Sebagai contoh apabila keluar, mereka akan memakai pakaian dengan model dan warna yang sama. Yang terpenting pakaian tersebut mestilah baru dan tidak boleh dipakai berulang kali.

"Ketika kami keluar tidak pernah memakai baju yang sama untuk kedua kalinya, semuanya pasti baru. Semasa di luar banyak lelaki yang berkata ingin menikahi kami berdua," jelas Lucy.








Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top