loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Seorang lelaki Perancis, Philippe Croizon, tanpa tangan dan kaki berjaya berenang dari Papua New Guinea ke Papua, sebagai sebahagian daripada misinya untuk berenang ke lima benua.

Philippe Croizon, 43, berenang di tengah gelombang besar dan angin kencang. Dia berenang dari Desa Wutung, Papua New Guinea ke Pasar Skow, Provinsi Papua, Indonesia. "Ini sangat-sangat sukar," kata Croizon seperti dilaporkan agensi berita AFP.


Berjaya mengharungi jarak 20 km

Dia menambah waktu tempuh melebihi sasaran yang ditetapkan kerana dia berenang melawan arus. Masa yang diperlukan Croizon untuk mengharungi laut sepanjang 20 km mencecah 7 jam 30 minit.

Croizon menggunakan kaki palsu dan ditampal dengan flipper atau alat bantu renang berbentuk dayung. Puluhan penduduk Pasar Skow berkumpul di pantai untuk menyambut kedatangan Philippe Croizon.

Lelaki yang kehilangan kaki dan tangan dalam kemalangan pada 1994 itu menyatakan beruntung tidak bertemu dengan ikan yu atau obor-obor. Melalui Twitter, dia menceritakan bahawa dia ditemani seorang lelaki Papua New Guinea, Zet Tampa, yang berenang bersamanya menunjukkan perpaduan.

Berenang dari Papua New Guinea ke Papua merupakan sebahagian daripada usaha Philippe Croizon untuk berenang ke lima benua. Sebelum ini rencana Croizon berenang ke Papua ditangguhkan kerana menunggu izin masuk ke wilayah Indonesia.

Dia selanjutnya merancang berenang dari Teluk Aqaba, Jordan ke pesisir pantai Mesir pada Jun, selat antara Gibraltar dan Maghribi pada Julai dan Selat Bering yang terletak antara Alaska dan Rusia pada Ogos.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top