Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Seekor anak lembu lahir dengan wajah mirip monyet. Kejadian itu membuat gempar penduduk Desa Sidoharjo, Kecamatan Tanjunganom, Nganjuk, Jawa Timur.
Penduduk semakin terkejut lantaran lembu milik Suwanto (45), hanya mempunyai satu mata di tengah dahinya. Penduduk tempatan terus berkunjung kerana ingin melihat lembu tersebut.
Suwanto mengaku tak tahu menahu kenapa lembunya dilahirkan dengan keadaan seperti itu. Padahal, induk jantan dan betinanya dalam keadaan normal.
Dia juga mengaku tidak punya firasat apa-apa sebelum lembunya melahirkan anak. Namun, Suwanto pernah bermimpi melihat buah kelapa jatuh dari pokok.
Dalam mimpinya, Suwanto mengambil satu dari beberapa buah kelapa yang jatuh. Ketika bangun dari tidur, Suwanto mendapati lembu betinanya melahirkan anak dalam keadaan aneh.
Suwanto berjanji akan terus merawat dan membesarkan anak lembu itu. Namun, jika ada yang ingin membeli dengan harga tinggi, Suwanto bersedia menjualnya.
Peetugas Dinas Peternakan Kabupaten Nganjuk, Budi Cucahyono berkata, kelahiran lembu Suwanto merupakan kes yang jarang berlaku.
Biasanya, menurutnya, lembu lahir dengan keadaan aneh kerana jangkitan microorganisme saat usia kandungan tiga bulan. Dalam perkembangannya, lanjut Budi, janin lembu tidak boleh membentuk organ vital secara normal.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
loading...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan