Aiguille Du Midi adalah sebuah gunung yang terletak di Mont Blanc Massif, Banjaran Alp Perancis. Kereta kabel yang menghantarkan pelawat ke puncak, Telepherique de l'Aiguille du Midi, dibina pada tahun 1955 dan hingga saat ini masih memegang rekod sebagai kereta pendakian tertinggi di dunia, dari 1.035 meter hingga 3.842 meter.
Perjalanan menuju ke puncak dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu dari Chamonix menuju Plan de l'Aiguille pada ketinggian 2,317 meter, dan kemudian langsung menuju stesen paling atas pada ketinggian 3,777 meter. Perjalanan dari Chamonix ke puncak Aiguille du Midi pada ketinggian lebih daripada 2,800 meter dan ditempuh dalam masa 20 minit.
Puncak Aiguille menawarkan pemandangan dari puncak gunung yang menakjubkan, sebuah cafe dan kedai souvenir. Perjalanan ski melintasi glasier yang mencabar dan berbahaya, Vallée Blanche, bermula dari titik ini. Bagi para pendaki yang akan menuju ke puncak Mont Blanc juga bermula dari sini. Berikut adalah foto-foto Aiguille Du Midi yang menakjubkan dan sebuah video yang menggambarkan bagaimana mencabarnya bermain ski Vallée Blanche dan mendaki menuju ke puncak Mont Blanc.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.