Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Dua penyelidik dari kawasan terpencil di Kutub Utara Kanada telah menemui sebuah botol berisi mesej misteri. Mengejutkan, mesej itu ditulis pada 10 Julai 1959, atau kira-kira 54 tahun yang lalu.
Ketyka ditemui, botol itu ditemui terselit di antara batu yang jaraknya hampir 500 batu dari penempatan berdekatan manusia, dipetik dari IBTimes, 22 Disember 2013.
Halifax Chronicle Herald, kedua penyelidik dari Laval University in Quebec City mengisahkan ketika melayari daerah di berhampiran tepian glasier di Pulau Ward Hunt, titik terdekat Kanada ke Kutub Utara ketika menemui surat dalam botol itu.
Surat itu mengandungi mesej yang ditulis tangan menggunakan pensil. Di atas kertas putih itu, terdapat arahan untuk sesiapa yang telah menemui mesej. Pada surat, si penulis meninggalkan nama dan alamat lengkapnya.
Ialah Paul Walker dan Albert CRARY, penulis yang sangat dikenal sebagai penyelidik geologi antarabangsa untuk persekitaran kutub.
"Saya dapat mengenali nama itu," ujar Warwick F Vincent, Pengarah Center for Northern Studies di Laval University in Quebec City.
"Walker sangat popular kerana namanya diambil untuk nama puncak tertinggi di Pulau Ward Hunt, iaitu Walker Hill. Kami sering mengadakan perkemahan di sekitar Walker Hill dalam 10 tahun terakhir," tutur Vincent.
Dalam catatan di surat itu, Walker mengaku sebagai penyelidik geologi berusia 25 tahun dari Ohio. Sedangkan CRARY adalah rakan-rakan yang berasal dari Boston, AS. Mesej apakah yang mereka tulis dalam botol plastik sepanjang 25 sentimeter itu?
Permintaan sederhana. Walker ingin sesiapa yang menemui surat itu supaya mengukur jarak antara batu yang ada di tepi pulau dan bongkah ais yang terdekatnya.
"Sesiapa yang menemui surat ini diminta untuk mengukur jarak tersebut dan kirimkan maklumatnya ke alamatku," tulis Walker. "Terima kasih banyak."
Permintaan itu adalah untuk mengetahui seberapa besar jumlah air yang bertambah di antara jarak itu akibat pemanasan global. Sangat menggugah hati, sebab di era 1950-an, isu 'global warming' belum ramai seperti sekarang ini. Sedangkan Walker telah membayangkan hal ini akan terjadi.
Susulan permintaan itu, Vincent dan beberapa penyelidik lantas mengumpulkan maklumat geologi sekitar Pulau Ward Hunt. Dibantu peralatan GPS, mereka mengetahui bahawa ketika surat itu ditulis jarak antara bongkah ais dan tepi daratan bertambah 200 meter.
Sayangnya, Walker tidak akan pernah menerima maklumat itu. Menurut Los Angeles Times, tidak lama selepas menulis surat itu, Walker diserang stroke dan terpaksa diterbangkan ke luar Artik. Akibat stroke itu, penyelidik geologi itu mengalami lumpuh sepenuhnya.
Setelah dirawat beberapa minggu di rumah orang tuanya di Pasadena, California,Walker menghembuskan nafas terakhir.
"Dia (Walker) sangat luar biasa. Kerana di tahun 1950-an, pemanasan global sama sekali tak terpikirkan oleh manusia akan mencairkan ais di sekitar kutub. Dia sudah memikirkan hal itu," ucap Vincent.
"Walaupun dia tidak membaca berita ini, tapi saya yakin dia tahu, maklumat ini sangat penting bagi para penyelidik yang sedang melakukan kajian geologi di sekitar Kutub hari ini,".
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
loading...
Laman utama
»
berita
»
INFO
»
keajaiban
»
Misteri
» Surat Misteri Berusia 54 Tahun Di Temui Dalam Botol
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan