Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Berenang melawan arus memang biasa sahaja. Tapi, bagaimana dengan memanjat air terjun? Spesies ikan Sicyopterus stimpsoni atau Gobi nopoli Pemanjat Air Terjun.
Bukan hanya kemampuan memanjat air terjun yang mengagumkan. Mekanismenya pun mengejutkan. Sicyopterus stimpsoni memanjat tebing air terjun dengan mulutnya. Ikan ini menghisap permukaan batuan untuk melekatkan dirinya dan memanjat air terjun.
Saintis membuat video mengenai mekanisme memanjat ikan tersebut. Mereka mengetahui bahawa ikan ini juga mempunyai mekanisme yang sama untuk memakan alga. Dalam proses evolusi, ikan ini belajar menggunakan otot yang sama untuk dua aktiviti berbeza.
"Kami terpesona bahawa perilaku ekstrem ikan ini, memanjat air terjun dengan mulut, mungkin dipengaruhi melalui proses evolusi dari perilaku dasar mencari makanan," kata Richard Blob dari Clemson University.
Dalam eksperimen di akuarium, penyelidik membuktikan bahawa mekanisme makan dan memanjat sama. Ikan bergerak dengan menghisap permukaan akuarium yang mempunyai makanan sekaligus beranjak kawasan yang lebih tinggi.
Hasil kajian bahawa Sicyopterus stimpsoni dewasa biasanya hanya mempunyai panjang badan 18 cm. Namun, dengan tubuh kecil itu, mereka boleh memanjat air terjun hingga setinggi 100 meter. Mengagumkan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
loading...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan