Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Beberapa ketika lalu , sekeping gambar yang menyentuh hati tersebar di internet. Gambar itu menggambarkan seorang lelaki yang menggendong wanita lanjut usia dengan kain , seperti seorang ibu yang menggendong anaknya. Gambar itu begitu mencuri perhatian dan ramai orang yang bertanya , siapa dia? Siapa yang digendongnya ? Apa yang sedang mereka lakukan?
Gambar tersebut rupanya adalah foto seorang lelaki yang sudah berusia 62 tahun dan bernama Ding Zhu Ji . Beliau sedang berada di salah satu hospital di China untuk menghantarkan ibunya.Ibu beliau yang sudah berusia sangat tua , uzur dan mengalami patah tulang , akhirnya digendong oleh Ding Zhu Ji ke hospital. Ia melakukannya kerana berfikir bahawa menggendong ibunya ke hospital akan lebih cepat sampai dan dirinya tidak akan merasa terlalu lelah walaupun menggendong ke sana.
Lelaki ini sama sekali tak menduga bahawa apa yang ia lakukan akan mencuri perhatian ramai orang. Pemandangan yang begitu menyentuh ini kemudian diabadikan oleh seseorang dalam bentuk foto yang kini beredar luas di internet. Selain itu , CCTV hospital juga sempat merakam momen di mana lelaki ini menggendong ibunya yang nampak seperti bayi.
Ibu beliau yang sudah berusia 85 tahun , namun Ding Zhu Ji mengisahkan bahawa ia sangat berhutang budi pada ibunya. Ketika masih mengandung Ding Zhu Ji usia 6 bulan, keduanya nyaris dilempar ke laut kerana ibunya tidak sengaja menghilangkan kad pengenalan naik perahu bersama prajurit Taiwan. Ramai orang yang memohon agar ibu Ding Zhu Ji yang sedang mengandung itu tidak dilempar ke laut, hingga detik -detik menegangkan itu berubah melegakan kerana ada orang yang mencari dan mejumpai kad pengenalan mereka.
Ding Zhu Ji yang mendengar kisah itu daripada ibunya menjadi semakin sayang pada wanita yang telah melahirkan dan membesarkannya tersebut . Meski merupakan anak sulung , dirinyalah yang paling rapat dengan ibunya. Bahkan hingga setua ini pun, ia masih merawat ibunya. Ding Zhu Ji juga merasa bersalah kerana tak menjaga ibunya dengan baik sehingga mengalami patah kaki kiri . Ding Zhu Ji pernah sangat ingin membawa ibunya yang sudah tua dan mula nyanyuk untuk pulang dan menemui saudara di China . Sayangnya sebelum sempat, ibunya sudah kehilangan ingatannya dan hal itu membuatnya sangat menyesal.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
loading...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan