loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Heliza Helmi

HELIZA Helmi sememangnya dikenali sebagai selebriti yang sentiasa aktif menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan kebajikan untuk membantu golongan memerlukan.

Antara NGO disertainya Aman Palestin, Muslim Care dan yang terbaru Muslim Volunteer Malaysia (MVM).

Di samping membantu NGO ini dari segi gerak kerja seperti memberikan sumbangan dan menyertai program mengutip derma, Heliza turut mengikuti misi menghantar bantuan kemanusiaan ke negara Islam yang kini diserang pihak tidak bertanggungjawab.

Selebriti yang berusia 30 tahun itu berkata, itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang Islam untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Islam yang berada di zon peperangan.

“Saya berharap apa yang saya lakukan ini dapat sedikit sebanyak memberi senyuman kepada mereka.

“Mereka sudah lama menderita akibat serangan. Agama Islam sendiri menggalakkan penganutnya sentiasa berlumba-lumba untuk membuat kebaikan.

“Lantas, saya tidak mahu melepaskan peluang mengikut galakan agama sendiri,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya adakah dia berasa takut untuk pergi ke zon peperangan memandangkan bedilan roket serta peluru senjata api yang dilepaskan di merata-rata tempat, Heliza bersedia dengan apa-apa kemungkinan yang akan berlaku pada dirinya.

Jelasnya, dia sedar kebarangkalian terkena peluru itu adalah tinggi tetapi, dia tidak menjadikan peluru tersebut sebagai penghalangnya untuk memberikan bantuan kepada saudara agamanya.

“Saya kagum dengan rakyat Palestin dan Syria yang terus berjuang melawan pihak yang menzalimi mereka meskipun berada dalam keadaan serba kekurangan daripada pelbagai aspek.

“Jadi, pengorbanan saya ini tidaklah sebesar mereka ini. Saya ibarat memberi ‘moral support’ kepada mereka untuk terus berjuang demi menegakkan syiar Islam,” jelasnya dengan penuh bersemangat.

Banyak belajar

Menurut heroin filem Syurga Cinta itu, dia sudah empat kali ke Syria dan pelbagai pengalaman yang ditempuhinya dalam sepanjang dia berada di negara Asia Barat itu.

Heliza menjelaskan, kepada mereka yang ingin ke negara bergolak itu, mental dan fizikal perlu dipersiapkan bagi meneruskan kelangsungan hidup di sana.

“Saya bersama team yang pergi pernah tak mandi selama 10 hari dan makan hanya sekali sahaja untuk sehari.

“Dari segi penginapan pula, kami tinggal di mana-mana sahaja. Kalau tempat kami berhenti berdekatan gua, maka gua tersebutlah tempat kami tidur sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,” katanya.

Cerita Heliza lagi, dia pernah mengalami insiden yang mana sebuah keluarga yang cuba menyelamatkan anak mereka yang tertimbus setelah rumah mereka terkena bom daripada tentera kerajaan.

Tidak mahu berputus asa, keluarga tersebut sedaya upaya cuba mengorek lubang di sebalik runtuhan bata untuk menyelamatkan anak mereka walaupun sudah mengetahui nasib anak mereka.

“Itulah kehebatan rakyat Syria. Walaupun anak mereka meninggal dunia, ahli keluarga tak akan menangis atau meratapi pemergian anak tersebut.

“Rakyat Syria selalu mengatakan ahli keluarga mereka sedang menunggu di syurga. Masya-ALLAH, begitu kuat jiwa mereka,” kata bintang Akademi Fantasia Musim kelima itu.

Heliza berkata, selain warga emas, kanak-kanak Syria juga mempunyai jiwa yang sangat kuat dan hebat.

Ini terbukti apabila kanak-kanak ini masih mahu ke sekolah walaupun bangunan sekolah mereka sudah runtuh.

Jawapan kanak-kanak ini sangat meruntun hati Heliza kerana apabila ditanya mengapa masih ke sekolah meskipun sekolah sudah runtuh, kanak-kanak ini menjawab mereka mahu berjumpa ibu bapa mereka di syurga.

“Pernah sekali, saya dan team aktivis ternampak sekumpulan kanak-kanak sedang bermain bola sepak.

“Di kala mereka sedang bermain bola sepak, kanak-kanak ini mengucapkan beberapa potong ayat Al-Quran.

“Rupa-rupanya, mereka sedang menghafal surah di sambil bermain bola sepak dan kami terkejut kami melihat aksi mereka.

“Itulah kehebatan manusia yang sentiasa meletakkan akhirat di pemikiran mereka. Mereka akan melakukan apa-apa yang digalakkan di dalam Islam meskipun sedang melakukan aktiviti riadah,” katanya dengan penuh bersemangat.

Sepanjang berada di Syria untuk melunaskan misi bantuan, Heliza turut belajar untuk memperbaiki dirinya untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik.

Kata pengacara program S.I.S itu, segala pengalaman yang diperolehnya akan dikongsikan kepada orang awam untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih baik dan positif. - sinarharian

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top